Hello and welcome to UniSZA Library's blog. Here is yet another way to keep you in the loop as to what’s new at UniSZA Library. We’ll offer tips and tricks for using our library’s vast physical and digital resources. We’ll share lists of our favorite books and films covering a spectrum of topics, and more.

Friday, 2 August 2013

Ombudsman dan Perkhidmatan Perpustakaan

Umumnya ombudsman merupakan pegawai yang dilantik oleh kerajaan (atau parlimen) bertujuan menyiasat aduan-aduan terhadap salah tadbiran badan-badan kerajaan. Ombudsman ini adalah pihak berkecuali. Pelantikan mereka ini tidak terhad kepada kerajaan atau pihak berkuasa sahaja, malah apa bentuk organisasi  pun boleh menubuhkanya.

Di Malaysia Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri ialah ombudsman yang dilantik. Biro ini  juga mempunyai cawangan-cawangan di  setiap negeri. Apa kaitannya dengan perpustakaan? Belum pernah kita dengar atau dilaporkan aduan dibuat terhadap perkhidmatan perpustakaan. Sebagai contoh, Perbadanan Perpustakaan Awam adalah badan kerajaan yang diamanahkan mengurus serta menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada orang awam. Sebagai pihak yang berkepentingan, jika berlaku sebarang kesalahan atau difikirkan salah tadbiran berlaku, aduan bolehlah dibuat terhadap pihak berkuasa yang berkenaan.

Pernahkan aduan dibuat terhadap perkhidmatan perpustakaan awam (atau mana-mana perkhidmatan perpustakaan yang mempunyai awam)? Jika anda melawat portal Biro Pengaduan Awam, di Bahagian Info Aduan terdapat senarai Kejayaan Penyelesaian Kes. Tiada sebarang aduan dibuat terhadap perkhidmatan perpustakaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa contoh dari tempat lain.

Contoh:

Encik S mengadu bahawa pihak berkuasa tempatan telah menutup perpustakaan yang beliau kerap gunakan. Beliau juga mengadu bahawa perundingan cadangan membina perpustakaan baru yang lebih kecil di tempat lain telah dibuat tergesa-gesa. Pihak Ombudsman mendapati tiada sebarang salah tadbiran dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan, tetapi Ombudsman memutuskan pihak berkuasa tempatan tidak memberikan masa yang cukup untuk orang awam memberikan komen. Pada tahun pertama perpustakaan baru ini beroperasi didapati bahawa ruang antara rak adalah sempit dan tidak mematuhi keperluan Buletin Reka Bentuk, menyebabkan pengubahsuaian terpaksa dilakukan. Encik S telah dibayar pampasan sebanyak £250 di atas kesulitan yang beliau lalui bagi membuat aduan berkenaan. 

Antara langkah yang boleh diambil oleh ombudsman sekiranya salah laku pentadbiran menjejaskan kepentingan awam ialah:

  • mengarah pihak berkuasa berkenaan bertindak dalam suatu jangka masa ditetapkan;
  • membayar pampasan
  • membaiki prosedur supaya salah tadbiran tidak berulang


Ghazali Mat Jamil



1 comment:

  1. penulis, agak2 kat Malaysia ada x 'ombudsman'?

    ReplyDelete